Saturday, September 24, 2011

Rumah Terbuka dan Bezday Amir Isyraf... 2011

Lupa plak nak cerita aritu, pada hari yang sama dengan Hari Potensi Amir Irsyad tu kami de buat Rumah Terbuka dan sambut Bezday anakanda kami, Amir Isyraf yang ke-2. Tu sebab lah kitorang tak dapat tengok Amir Irsyad berlakon jadi katak coz kami sibuk dengan persediaan untuk Rumah Terbuka malam nanti.

Para jemputan mula datang pukul 8.30 malam. Kami cuma menjemput jiran-jiran terdekat dan juga sedara mare belah MIL kerana mereka tinggal di sekitar Kluang juga. Menu hari itu, Mi Kari... Huhu.. Memang laku. Nasib baik mi kuning yang kitorang beli tu cukup. 7kg mi habis ari tu. Karipap pun licin. Alhamdulillah, yang penting semua tamu yang datang dapat menikmati juadah yang disediakan.




Bezday Amir Isyraf sebenarnya pada 5 September yang lepas. On that particular day kami tak ada buat apa-apa untuk dia. So, kami ambil kesempatan ini untuk celebrate bezday dia sekali. Semoga anakanda mama ni akan menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Ucapan terima kasih untuk Ibu Mertua ku kerana sudi mengajar Eleanor masak Mi Kari dan karipap. Juga membantu kami semasa majlis Rumah Terbuka kami yang pertama sejak berpindah ke Kluang.

Terima kasih yang tidak terhingga pada Mak Long, Ila & family, Mak Ngah, Kak Ati & anak-anak, Mak Ude & family, Pak Andak sekeluarga,  Moksu dan  jiran-jiran yang sudi datang ke majlis kami yang tidak seberapa.

1 comment:

ak yuyunz said...

mana gambar beday boyyy.. :)