Saturday, September 24, 2011

Kegunaan Baking Soda Di Rumah.

Oleh kerana sinki kat rumah ni tersumbat dah bermingu-minggu dan dah nak makan bulan plak dah ni, Eleanor pun mula la mencari alternatif lain yang boleh digunakan untuk selesaikan masalah ni. Makin lama semakin sakit hati plak tengok sinki yang sumbat tu. Cari punya cari kat Google tu terjumpa la artikel ni... Tapi tak ingat lak blog  mane... Kat bawah ni de beberapa kegunaan baking soda yang Eleanor ingat la masa baca blog itu.



Deodoran semulajadi 
kalau de sesiapa yang tak suka pakai deodoran atau tak boleh pakai deodoran, boleh gunakan baking soda ni. Caranya, basahkan ketiak seadanya, pastu tepek baking soda. Macam tepek bedak la jugak kaedahnya.

Menghilangkan kesan peluh, daki & minyak 
Terutama sekali pada baju sekolah anak-anak atau uniform hubby, berdaki & kotor, korang boleh rendam baju-baju tersebut dalam air sabun pastu campur la sikit dengan baking soda dalam air tu.

Gunakan sebagai pencuci mulut 
Bukan dessert ya tuan-tuan, puan-puan dan cik-cik. Ni pencuci mulut yang macam listerine tu la. Campurkan baking soda dengan air pastu gunakan untuk berkumur. Pasni ni tak perlu lagi beli listerine. Jimat... jimat...

Ni je la yang Eleanor ingat. Tak sangka plak rupanya baking soda ni ada banyak kegunaannya selain daripada digunakan untuk buat kek. Hahaha...

Nanti kalo Eleanor terjumpa blog tu la lagi, Eleanor akan letak link kat sini eh...




No comments: