Showing posts with label My Children. Show all posts
Showing posts with label My Children. Show all posts

Monday, February 11, 2013

New year...

Hello dan selamat sejahtera... Masuk jer tahun ni Eleanor dah mula sibuk sebab Amir Irsyad dah masuk darjah 1 dan Nur Alya Nadirah dah ke sekolah tadika. So, bz bz bz bz....

Pagi bangun siapkan sarapan untuk diorang then siapkan Amir Irsyad coz dia masuk sekolah kul 7.10 pg. Pastu siapkan Alya Nadirah pula. Nadirah masuk kul 8 pagi. Then baru lah abahnye pula pegi keje kul 9 pg. Rehat jap layan Isyraf dan Iman. kemudian terus masak untuk lunch.

Pukul 1 semua balik rumah makan tengah hari termasuk abah nye. Then Amir Irsyad siap-siap nak gi skolah agama plak. Skali gerak ngan abah dia kul 1.15 or 1.30 ptg. Balik skolah agama kul 4 ptg terus gi mengaji ngan adik-adik dia kat umah jiran. Abis tu balik baru mandi dan siapkan keje sekolah.

Penat betul bila anak da mula sekolah ek... Walau apa pun, rumah kitorang tetap yang paling riuh kat sini.. Huhuhu...

Saturday, September 24, 2011

Rumah Terbuka dan Bezday Amir Isyraf... 2011

Lupa plak nak cerita aritu, pada hari yang sama dengan Hari Potensi Amir Irsyad tu kami de buat Rumah Terbuka dan sambut Bezday anakanda kami, Amir Isyraf yang ke-2. Tu sebab lah kitorang tak dapat tengok Amir Irsyad berlakon jadi katak coz kami sibuk dengan persediaan untuk Rumah Terbuka malam nanti.

Para jemputan mula datang pukul 8.30 malam. Kami cuma menjemput jiran-jiran terdekat dan juga sedara mare belah MIL kerana mereka tinggal di sekitar Kluang juga. Menu hari itu, Mi Kari... Huhu.. Memang laku. Nasib baik mi kuning yang kitorang beli tu cukup. 7kg mi habis ari tu. Karipap pun licin. Alhamdulillah, yang penting semua tamu yang datang dapat menikmati juadah yang disediakan.




Bezday Amir Isyraf sebenarnya pada 5 September yang lepas. On that particular day kami tak ada buat apa-apa untuk dia. So, kami ambil kesempatan ini untuk celebrate bezday dia sekali. Semoga anakanda mama ni akan menjadi anak yang soleh, bijak dan sentiasa di dalam rahmat Allah SWT.

Ucapan terima kasih untuk Ibu Mertua ku kerana sudi mengajar Eleanor masak Mi Kari dan karipap. Juga membantu kami semasa majlis Rumah Terbuka kami yang pertama sejak berpindah ke Kluang.

Terima kasih yang tidak terhingga pada Mak Long, Ila & family, Mak Ngah, Kak Ati & anak-anak, Mak Ude & family, Pak Andak sekeluarga,  Moksu dan  jiran-jiran yang sudi datang ke majlis kami yang tidak seberapa.

Thursday, September 22, 2011

Hari Potensi Tabika KEMAS Daerah Kluang 2011

Anakanda Eleanor yang sulong telah terpilih untuk menyertai pertandingan gerakrama Tabika KEMAS Daerah Kluang untuk mewakili Tabika KEMAS Permai. Pertandingan tersebut diadakan pada 20 September 2011 yang lalu di Dewan Serbaguna Chamek, Kluang.

Eleanor sekeluarga pergi juga ke sana untuk melihat anakanda kami ni. Tapi kami datang lambat sebab nak siapkan umah untuk Open House yang tak berapa nak open. So, tak dapat lah tengok Amir Irsyad jadi katak. Cuma dapat lihat dia ambil hadiah je. Parlimen Kluang dapat tempat ke-3 untuk acara gerakrama. Kat bawah ni adalah pic yang tak seberapa.

Hari Potensi Tabika KEMAS Daerah Kluang 2011


 

Saturday, March 12, 2011

Anak-anak ku kini.

Tahun ni Amir gi Tadika Kemas dekat dengan rumah. Mula-mula tu suka jer. Ni dah masuk bulan ke-3 dah mula buat hal. Panas gak ati nih kekadang bila kejut bangun pagi bukan main liat lagi. Keje sekolah pun dah mula tak nak buat.

Anyway, 10 Mac lepas Amir genap 5 tahun. Tok Mak dia belanja makan KFC. Maklumlah cucu-cucu dia memang suka makan ayam. Plus adalah kek kecik untuk dia makan coz Amir and sibs suka makan kek juga. Mane le tak bulat.

Now about Nadirah. She's 3 years old now. Masa birthday dia kitorg tak sempat nak celebrate coz kek diorang da makan dulu. Dah tak boleh tunggu lagi. Ingat nak celebrate malam. Bila Tok Mak dia sampai rumah malam tuh, kek dia dah tinggal 1/4 jek. 3/4 lagi da abis kene makan.

Isyraf pula dah pandai berjalan. Sekarang tengah nak bercakap pula.

Alhamdulillah... Setakat ni semuanya baik.

Friday, April 2, 2010

5 perkembangan Meme, Yaya & Isy.

Baca-baca lik entry blog yg lame-lame. Tetibe terperasan cam x de entry tentang anak-anak. Neway, sorry kengkawan... no real pics of my family will be in my blog.

Meme:
  1. Dah genap 4 tahun masa 10/3 yg lepas.
  2. Sudah x sabar-sabar nak gi skolah. (Actually, dr dia umur 2 tahun lebih da sibuk nak gi skolah.)
  3. Pandai memujuk bila tau org marah kat dia.
  4. Looks like he likes camera. (Pandai posing pun ye gak.)
  5. Pantang orang nak pinjam mainan dia. Tapi dia leh main mainan orang lain.

Yaya:
  1. Genap 2 tahun masa 18/2.
  2. X leh kalo orang x bg pe yg dia nak. (Lebih tul anak dare nih.)
  3. Kuat marah tp very cute. (Menurun ke temper den nih kat dia?)
  4. Suka gigit orang but lately nih nampak cam da kurang lak.
  5. Paling lama nyusu badan. (Agaknye tu pasal manje dia len macam jek.)

Isy:
  1. Akan genap 7 bulan 5/4 nih.
  2. Last checkup berat da 8kg.
  3. Dah pandai meniarap dan dah nak merangkak.
  4. Ramai yg kate muka dia sepesen jek cam abang dia, Meme, masa kecik. (1 cetak.)
  5. Skang nih da pandai nangis jerit2 kalo lambat bagi susu.
So, diatas tu adalah sedikit sebanyak tentang anak-anak Eleanor. X dapat nak cite byk pun coz diorg x tinggal ngan Eleanor. Tunggu la sikit masa lagi kay... Daa...