Monday, October 17, 2011

Weekend Yang Boring...

Hujung minggu yang lepas tak ada apa-apa yang menarik. Ada tak de, mak mertua Eleanor datang bertandang 2 malam untuk melepaskan rindu pada cucu-cucunya. Kami hanya duduk di rumah sahaja.

Semalam, dapat la Eleanor memotong kain yang Mak beri untuk buat baju kurung Nadirah. Kesian juga kat anak dara tu. Dia suka nak pakai baju kurung tapi cuma ada sepasang je baju kurung yang beli masa nak raya ari tu. Tu pun dah sama rap dengan badan dia.

Eleanor memang ada merancang nak buat kan dia lagi sepasang dengan kain yang ada. Tapi belum berkesempatan lagi nak memotong nya. Bukannya apa, bila Eleanor naik atas nak memotong kain tu mesti ada jer yang anak-anak ni buat. Bergaduh la, berebut pensel warna la, gigit menggigit la... Haha... banyak nak buat.

Nak buat projek menjahit tu memang payah. Kalo buat sesama dengan anak-anak ti ada yang main jarum la, main gunting la dan sebagainya.

Cerita pasal gunting, pagi Jumaat yang baru lepas ni, Nadirah berebut gunting ngan adiknya, Isyraf. Rebut punya rebut akhirnya dia tergunting jari adik dia tu. Hai... nak mengamuk pun ada... Hilang cerita nak bawa anak-anak sarapan kat luar. En. Hubby bawa semua pergi hospital dulu sebab lukanya nampak cam dalam. Doktor kata lukanya kecil tapi dalam. Memandangkan luka tu kecil aje doktor tu tak jahit, dia gam kan aje.  Then, sapu ubat kuning dan balut.

Selesai hal Isyraf tu, baru lah kitorang pergi sarapan.

Macam-macam hal... biasa la kan anak-anak tengah nak membesar ni, memang nakal.


No comments: