Thursday, October 13, 2011

Permohonan Di Terima...

Mesti semua tertanya-tanya kan? Permohonan pe yang dah di terima tu?

Permohonan Amir Irsyad untuk masuk ke Pra-sekolah. Maklum lah ramai anak-anak yang nak maasuk Pra-sekolah ni. Bukannya mudah. Kena mohon dulu. Mohon maksudnya belum tentu lagi akan diterima. Mereka akan tapis dulu. Macam sekolah yang Eleanor mohon untuk Amir Irsyad ni tak ambil kanak-kanak berumur 5 tahun. Mereka dulukan kanak-kanak berumur 6 tahun kerana ada sesetengah kanak-kanak ni memang tunggu untuk masuk ke Pra-sekolah. Mereka tidak dihantar ke tadika.

So, surat dari Pra-sekolah SK Kg. Melayu sampai ke rumah pada 11 Okt 2011 petang. Kami diminta ke sekolah untuk mengambil surat tawaran dan borang maklumat di sekolah pada 13 Okt 2011. So, esok nak "settle"kan borang-borang dan semua keperluannya coz esok En. Hubby off day. Kalau boleh nak hantar borang tu esok juga.

Anak sulung Eleanor masuk Pra-sekolah tahun depan. Macam tak percaya. Pejam, celik, pejam, celik, 2012 ni Amir Irsyad masuk 6 tahun da. Hmm...


No comments: