Friday, October 21, 2011

Nak Belajar Seni Memanjakan Diri?



MAD Deal of the Day: RM50 instead of RM580 for 4-hour Hand / Lip / Face Spa Class + Daily Makeup Class OR Facial Spa Class at Dee Creative Collections, Setapak. Free Scrub + Surprise Voucher.

Ever wondered how to do a pampering session without leaving your doorstep or treat your mom, girl friends, or loved ones to a relaxing self-made spa treatment at home?

Or maybe, you would like to venture into the pampering business?


Wednesday, October 19, 2011

Macam mana ya?

Dah beberapa minggu mula meniaga kecil-kecilan. Baik secara offline dan juga online. Nampak nya apa yang dirancang masih tak berjaya.

Hati ni dah mula rasa 'down underground'. Sedih, pilu... Stress pun ada sebab memang tengah ada banyak masalah. Huhuhu...

Wonder if ada sesape yang sudi suggest anything atau mungkin advice mana-mana yang patut.


Monday, October 17, 2011

Weekend Yang Boring...

Hujung minggu yang lepas tak ada apa-apa yang menarik. Ada tak de, mak mertua Eleanor datang bertandang 2 malam untuk melepaskan rindu pada cucu-cucunya. Kami hanya duduk di rumah sahaja.

Semalam, dapat la Eleanor memotong kain yang Mak beri untuk buat baju kurung Nadirah. Kesian juga kat anak dara tu. Dia suka nak pakai baju kurung tapi cuma ada sepasang je baju kurung yang beli masa nak raya ari tu. Tu pun dah sama rap dengan badan dia.

Eleanor memang ada merancang nak buat kan dia lagi sepasang dengan kain yang ada. Tapi belum berkesempatan lagi nak memotong nya. Bukannya apa, bila Eleanor naik atas nak memotong kain tu mesti ada jer yang anak-anak ni buat. Bergaduh la, berebut pensel warna la, gigit menggigit la... Haha... banyak nak buat.

Nak buat projek menjahit tu memang payah. Kalo buat sesama dengan anak-anak ti ada yang main jarum la, main gunting la dan sebagainya.

Cerita pasal gunting, pagi Jumaat yang baru lepas ni, Nadirah berebut gunting ngan adiknya, Isyraf. Rebut punya rebut akhirnya dia tergunting jari adik dia tu. Hai... nak mengamuk pun ada... Hilang cerita nak bawa anak-anak sarapan kat luar. En. Hubby bawa semua pergi hospital dulu sebab lukanya nampak cam dalam. Doktor kata lukanya kecil tapi dalam. Memandangkan luka tu kecil aje doktor tu tak jahit, dia gam kan aje.  Then, sapu ubat kuning dan balut.

Selesai hal Isyraf tu, baru lah kitorang pergi sarapan.

Macam-macam hal... biasa la kan anak-anak tengah nak membesar ni, memang nakal.


Friday, October 14, 2011

Real Steel



Fuyyoo...! Memang tak menyesal lah habis RM40 untuk tengok movie nih. Macam mana tak RM40, kena bayar untuk 4 seat. En. Hubby, Eleanor, Amir Irsyad, Nur Alya Nadirah.... sib baik Amir Isyraf tak kena bayar.

En. Hubby kata, "Huh... memang berbaloi la tengok."

Amir Irsyad kata,"Amir, nak tengok lagi la Mama."

Mama kata dalam hati, "Kopak le Mama kalo nak tengok banyak kali."

Alya Nadirah kata, "Mama, kakak suka tengok cerita ni. Dia lawan-lawan."

Movie ni banyak memberi  kita semangat agar kita tidak mudah berputus asa dan semangat kekeluargaan.

So, jangan tak tengok tau...!! Memang best.

Thursday, October 13, 2011

Permohonan Di Terima...

Mesti semua tertanya-tanya kan? Permohonan pe yang dah di terima tu?

Permohonan Amir Irsyad untuk masuk ke Pra-sekolah. Maklum lah ramai anak-anak yang nak maasuk Pra-sekolah ni. Bukannya mudah. Kena mohon dulu. Mohon maksudnya belum tentu lagi akan diterima. Mereka akan tapis dulu. Macam sekolah yang Eleanor mohon untuk Amir Irsyad ni tak ambil kanak-kanak berumur 5 tahun. Mereka dulukan kanak-kanak berumur 6 tahun kerana ada sesetengah kanak-kanak ni memang tunggu untuk masuk ke Pra-sekolah. Mereka tidak dihantar ke tadika.

So, surat dari Pra-sekolah SK Kg. Melayu sampai ke rumah pada 11 Okt 2011 petang. Kami diminta ke sekolah untuk mengambil surat tawaran dan borang maklumat di sekolah pada 13 Okt 2011. So, esok nak "settle"kan borang-borang dan semua keperluannya coz esok En. Hubby off day. Kalau boleh nak hantar borang tu esok juga.

Anak sulung Eleanor masuk Pra-sekolah tahun depan. Macam tak percaya. Pejam, celik, pejam, celik, 2012 ni Amir Irsyad masuk 6 tahun da. Hmm...


Wednesday, October 12, 2011

Contest: Cadburry

Cadbury Malaysia



Dah seminggu lebih tak update blog ni. Hari ni rasa cam nak update plak. Bisnes Eleanor tak berjalan lancar seperti yang sepatutnya. Now, tengah memikirkan alternatif lain.

Anyway, ngah searching punya searching ni terjumpa plak contest Cadburry ni.... Haha... Untuk mereka-mereka yang nak bagi surprise buat yang tersayang or yang nak menang produk Cadburry yang bernilai RM10k boleh la mencuba nasib.

Tengok sini untuk terms and conditions.


 

Sunday, October 2, 2011

Pengalaman: 1st Day Meniaga

Hari ni hari pertama meniaga kat Carwash En. Hubby kerja. Cuma buat karipap dan mi goreng jer untuk 'test market.

Seperti yang telah dijangkakan, hari pertama memang tak de sale. Makna kata, hari ni tak ada pe pun yang laku.



Perasaan..? Rasa sedih pun ada. Tapi pe nak dikata? Baru pertama kali meniaga. Memang tak pernah meniaga apa pun sebelum ni. Baik offline maupun online.

Orang kata, "Hati kena kental kalo mau meniaga nih. Usaha kena kuat."

Eleanor fikir... Memang betul lah kata orang tu...!