Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Eleanor. Ampun dan maaf dipinta andai kata ada isi kandung blog ni tak kena dengan 'taste' korang semua. Maaf juga jika ada terkasar bahasa. Baik yang sengaja juga tak sengaja.
Anyway, Raya tahun ni tak adalah meriah sangat buat Eleanor. Banyak perkara yang berlaku masa dua tiga hari gi nak raya. Tapi Eleanor masih lagi cuba untuk bergembira...
Raya pertama, kami di Simpang Renggam, rumah MIL. Pagi raya tu macam biasa lah, yang lelaki pergi sembahyang raya. Yang perempuan sibuk siapkan sarapan. Mana yang ada anak sibuk siapkan anak-anak. Bila semua dah settle barulah acara bermaaf-maafan. Abis je minta ampun, kami pergi menziarah kubur arwah FIL. Petang tu, kitorang pergi amik pic family kat kedai gambar.
Lepas bergambar, Eleanor, En. Hubby dan anak-anak pun bertolak ke Melaka untuk beraya ngan keluarga belah Eleanor plak. Sampai pun dah pukul 11 malam kot ari tu. Coz anak-anak ade yang muntah-muntah dan ada juga yang cirit-birit. Apa-apa pun kitorang selamat sampai..
Petang keesokan hari, kami pulang semula ke Kluang. Sekejap jer tahun ni raya kat Melaka. Hmm... Lupe plak...! My big THANKS buat Rock Head, Kak Ayu dan anak-anak kerana sudi datang ke rumah. Untuk Kak Shera, next time kita jumpa gi eh. Raya tahun ni tak dapat jumpa.
Untuk yang kawan-kawan yang lain, walaupun Eleanor tak datang beraya rumah korang tak bermakna Eleanor dah lupa kat korang tau...
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
2 comments:
Thank you too to the whole family for the great hospitality given to us. We really miss the great time together as a team eh!
Yup... Those good old days..
Post a Comment