Monday, November 8, 2010

Aku Hari Ini.

Dah lama tak jengok blog ni. Rindu lak rasanye. Bukannye ape... sebab kat umah dah x de kemudahan nak bertenet gi. PC pun rosak. Ni pun numpang pc orang jap.

La ni Eleanor dah 6 bulan jadi housewife. Perasaan? Memula tuh rasa sedih gak la. Perancangan pun sangkut memanjang dek kerana tak de modal. Baru nak mula nyimpan.

Anyway, sorry la buat semua yang sentiasa menunggu entry baru. Nanti bila semua da selesai. Pc pun da ok. Tenet pun da de. Leh la Eleanor ber'blog' lagi yer.

Sekian wat masa ni.

Monday, April 19, 2010

Rasa Hati

Peace in color by ~ruangimajiner from DeviantArt
Sorry geng. last week x de entry. So, ari ni pun actually x tau pe nak cite.

Just nak meluahkan rasa jer kot. Pagi ni hati rasa tenang. Macam la selama nih x tenang plak ek? Hehe.. Sebenonye mmg ati Eleanor x brape nak tenang lately disebabkan oleh macam-macam hal.

Lebih-lebih lagi bila lame sangat berjauhan ngan En. Hubby terchenta. Hati tu nak ATTENTION yang tidak berbelah bagi daripada dia. Tapi apa kan daya, dia busy memanjang. Tempat keje x cukup orang la. Itu la, ini la. Sudah nye semalam dia x jadi balik JB. Hati marah tidak lah terkate. Ikut ati mau jek den pecahkan cermin meja solek lam bilik tuh...

Akhirnya, Eleanor pun da x kose nak pk. So, wat x tau jer da la. Sebab kalo kite amik tau, dia tau kite nih amik kesah kan dia. Now, wat x kesah je. Dia nak balik ke, x ke? Apa den mati ke kalo dia x de..? Peace yer... :D

Friday, April 9, 2010

Considering Cloth Diaper..



Uhm... Cloth diaper. Video kat atas tuh de cite sket2 cane nak pilih Cloth Diaper. Kite share sesame eh.

Sekarang ni Eleanor ngah memikirkan tentang cloth diaper. Rasa macam nak guna cloth diaper untuk Isy nanti. Memandangkan Yaya da pun 2 tahun. So, plan nye nak toilet train Yaya bila Eleanor da mula dok umah. Tinggal Isy jer yang nak kene pakai diaper sebab dia pun baru masuk 7 bulan.

Sekarang ni tengah survey2 harga dan brand. Nampaknye ade macam2 brand kalo search cloth diaper kat internet nih. Ade Coolababy, Babyland, KS and etc. Harga pun de macam2 dari yang murah semurah RM30 sekeping CD sampai la yang harganye lebih daripada RM31.

Fikir punya fikir, banyak pula nak kene modal untuk CD nih. Tapi untuk long term memang tak dapat dinafikan lah memang jimat yang amat. Gi mana ini?

Thursday, April 8, 2010

Rancang Masa Depan?

Pic from Photobucket by pinkpixistix123


Mengikut perancangan selepas berhenti keje ni nak jual kuih-muih or nasi lemak. Tumpang kat kedai orang ke or buka satu stall kat carwash tu. Atau kedua-duanya sekali? Hmm...

Masalahnye sekarang ialah... Kuih ape yang nak dijual tu? Karipap? Apam? Kuih ape? Ermm.. kuih pe yg pandai buat? Seingat den, den cuma pernah wat kek marble dan kek coklat jek. Pastu biskut raya. Haha.. kuih-kuih lain lom pernah gi. Huhu...

Lagi satu, kul bape pagi nak kene bangun start wat kuih ni agaknye? Kalo tambahan nasi lemak or mi goreng ker caner la plak eh?

Pikir punya pikir... Banyak juga yang perlu di'arrange'kan ni nanti. Especially MASA. Harap takkan lari dari tujuan asal berenti keje iaitu untuk memberi perhatian penuh pada anak-anak. Nak kena FOKUS betul-betul nih.


Wednesday, April 7, 2010

Laziness Strucked

Nape ni? Kemalasan telah melanda.

Malas nak pergi kerja. Mood pun tak de. Eww... teruk nyer. Siap leh termenung kat atas katil lgi sampai kul 8 pagi. Pastu baru nak gi mandi... Haha. Lom sempat sampai bilik air singgah dulu duduk kat sofa. Pas 10 minit baru gi mandi. Siap2 jer da kul 8.30 pagi.

Keluarkan Cik Karisma and panaskan enjin dulu. Sementara itu, meh kite duduk2 sambil dengar Sinar.fm.

Akhirnya sampai ke opis kul 9.11 pagi. Baru la warm-up untuk memulakan kerja harian. *Sigh* Camni lah bila "Laziness Strucked" me... Hoho.