Wednesday, September 7, 2011

Aidilfitri 2011



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog Eleanor. Ampun dan maaf dipinta andai kata ada isi kandung blog ni tak kena dengan 'taste' korang semua. Maaf juga jika ada terkasar bahasa. Baik yang sengaja juga tak sengaja.

Anyway, Raya tahun ni tak adalah meriah sangat buat Eleanor. Banyak perkara yang berlaku masa dua tiga hari gi nak raya. Tapi Eleanor masih lagi cuba untuk bergembira...

Raya pertama, kami di Simpang Renggam, rumah MIL. Pagi raya tu macam biasa lah, yang lelaki pergi sembahyang raya. Yang perempuan sibuk siapkan sarapan. Mana yang ada anak sibuk siapkan anak-anak. Bila semua dah settle barulah acara bermaaf-maafan. Abis je minta ampun, kami pergi menziarah kubur arwah FIL. Petang tu, kitorang pergi amik pic family kat kedai gambar.

Lepas bergambar, Eleanor, En. Hubby dan anak-anak pun bertolak ke Melaka untuk beraya ngan keluarga belah Eleanor plak. Sampai pun dah pukul 11 malam kot ari tu. Coz anak-anak ade yang muntah-muntah dan ada juga yang cirit-birit. Apa-apa pun kitorang selamat sampai..

Petang keesokan hari, kami pulang semula ke Kluang. Sekejap jer tahun ni raya kat Melaka. Hmm... Lupe plak...! My big THANKS buat Rock Head, Kak Ayu dan anak-anak kerana sudi datang ke rumah. Untuk Kak Shera, next time kita jumpa gi eh. Raya tahun ni tak dapat jumpa.

Untuk yang kawan-kawan yang lain, walaupun Eleanor tak datang beraya rumah korang tak bermakna Eleanor dah lupa kat korang tau...

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Friday, July 22, 2011

Harry Potter: The Deathly Hallows Part 2


Hari ni kami pergi tengok Harry Potter 7 di MBO, Kluang Parasde. Hoho... Memandangkan Eleanor memang suka bangat ngan citer-citer yang magis nih, En. Hubby pun bawa la... Anak-anak pun ikut sekali.

En. Hubby kate memang best la citer dia.Walaupun de banyak sequal sampai 7, ceriter nye masih lagi menarik. Coz biasenye cerita yang de banyak sequal nih memula je best. Yang kemudia-kemudian tu dah makin x berapa nak best sangat. Eleanor pun setuju juga dengan pendapat En. Hubby tu.

En. Hubby, pasni nak belanje tengok cite pe plak?

Thursday, July 14, 2011

Kembali ber'blog'...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...

It has been a while sejak last update blog nih. Buat masa sekarang ni, life semakin baik secara perlahan-lahan... Alhamdulillah... walaupun banyak dugaan dan cabaran untuk menjadi suri rumah sepenuh masa ni. Dah genap setahun jadi full time housewife tapi masih lagi dalam proses menyesuaikan diri. Ada masa tu rindu juga nak bekerja semula.

Anyway, Eleanor percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Selalu doa yang terbaik buat diri dan keluarga saya... Dah jadi mama sepenuh masa ni kene banyak bersabar juga ye... :-)

So, sekarang ni da de lappy baru... dah bleh la ber'blog' lagi. Tapi mungkin seminggu sekali kot baru update coz tenet guna prepaid... Ngah berjimat nih...

Till we meet again...


Saturday, March 12, 2011

Anak-anak ku kini.

Tahun ni Amir gi Tadika Kemas dekat dengan rumah. Mula-mula tu suka jer. Ni dah masuk bulan ke-3 dah mula buat hal. Panas gak ati nih kekadang bila kejut bangun pagi bukan main liat lagi. Keje sekolah pun dah mula tak nak buat.

Anyway, 10 Mac lepas Amir genap 5 tahun. Tok Mak dia belanja makan KFC. Maklumlah cucu-cucu dia memang suka makan ayam. Plus adalah kek kecik untuk dia makan coz Amir and sibs suka makan kek juga. Mane le tak bulat.

Now about Nadirah. She's 3 years old now. Masa birthday dia kitorg tak sempat nak celebrate coz kek diorang da makan dulu. Dah tak boleh tunggu lagi. Ingat nak celebrate malam. Bila Tok Mak dia sampai rumah malam tuh, kek dia dah tinggal 1/4 jek. 3/4 lagi da abis kene makan.

Isyraf pula dah pandai berjalan. Sekarang tengah nak bercakap pula.

Alhamdulillah... Setakat ni semuanya baik.

Monday, November 8, 2010

Aku Hari Ini.

Dah lama tak jengok blog ni. Rindu lak rasanye. Bukannye ape... sebab kat umah dah x de kemudahan nak bertenet gi. PC pun rosak. Ni pun numpang pc orang jap.

La ni Eleanor dah 6 bulan jadi housewife. Perasaan? Memula tuh rasa sedih gak la. Perancangan pun sangkut memanjang dek kerana tak de modal. Baru nak mula nyimpan.

Anyway, sorry la buat semua yang sentiasa menunggu entry baru. Nanti bila semua da selesai. Pc pun da ok. Tenet pun da de. Leh la Eleanor ber'blog' lagi yer.

Sekian wat masa ni.